nuffnang ads

January 5, 2012

4 Hari Lagi

Masa aku cuti kat kampung hari tu, aku tidur dalam bilik arwah atuk aku. Dah lama aku tak menjengah bilik tu, memandangkan kat dalam bilik tu ada a few barang antik dan membuatkan aku rasa takut suam2 kuku. Sebenarnya takde apa pun, biasa la kalau pikir benda2 karut ni.

Tapi bila dah tidur kat situ, terimbau lak masa arwah ada lagi.. terus rasa sayu.. sob sob.. semoga arwah atuk berada dikalangan orang2 yang beriman.. Al-Fatihah

Nak tengok rupa bilik arwah.. ni aku ada tembak beberapa gambar.








See, ni baru kpop sejati.. sampai baca sejarah baru korea! :P


Banyakkan buku arwah.. itu baru dalam bilik.. belum lagi luar bilik, siap ada satu almari khas tuk buku2 arwah. Ensiklopedia pun banyak, ko mampu nak baca.. Aku sambil lalu je la.. Adik aku layan buku tafsir mimpi.. tah apa nak ditafsirkan pun, aku tak tau.. kalau dah mimpi, mimpi je la.. banyak sangat berangan ni! dalam banyak2 buku tu, aku baca buku mona fendi, tanda2 hari kiamat, dan cerita pasal nabi2. Banyak2 buku tu je yang aku mampu baca dalam erti kata lain pemalas.

Nak baca buku arwah ni kena ada tertib, arwah tak kasi lipat2 ni, cam orang kampung katanya, tak berpendidikan.. hahaha ni ayat aku okey! Buku dia mostly berbalut, rajin kannnn!! aku balut buku time sekolah je..

Apa yang bonda aku cerita, arwah ni suka baca pemikiran orang. Karl Marx, siapa? aku tak tau.. nanti la google. Siap berplastik lagi. Maknanya tak pernah baca. Aku ada ceritakan post lepas2.. buku terakhir arwah baca sebelum meninggal ialah buku Menemui Tuhan. Lagi la sayu kalau teringat!

Arwah siap berpesan ngan aku dan adik beradik, dia suh baca kamus bahasa melayu - minang ke indonesia, aku tak ingat. Dulu masa menganggur rajin gak la cari makna, kata layan sinetron indonesia 200 episod.. mesti la ada perkataan2 yang aku tak faham.

Tapi bila arwah dah takde ni, aku tak nampak dikalangan keluarga aku yang baca buku2 yang ada kat situ. Padahal buku ni terbuka tuk sesiapa sahaja untuk pinjam baca dan pulang.. ya pulangkan balik dengan keadaan yang baik.

Dah tetiba aku rindu lak kat arwah.. sob sob

sekian..

2 comments:

makhayam said...

nyah, buku Karl Marx tu bagus..rugi kao xbaca buku2 arwah ni.

Dewman said...

ya la nokss.. balik kampung ni mak baca, terus feeling ahli falsafah :P

Nuffnang Ads