nuffnang ads

January 31, 2012

Krikk Krikk

Sepikan? maka hari ni aku pecahkan kesunyian blog aku dengan gambar makanan. Sebelum tu meh la aku update aktiviti aku selama aku menyepi.

1. Tak ke mana punnnnn.. kerja balik umah kerja balik umah
2. Marathon wayang dengan adik, The Journey 2 (siyes best! sila la tengok yang 3D ya, aku tak tengok 3D sebab aku tak suka, pening!) then Bujang Terlajak (hurrmmm, ok laaa takde la nak kata best sangat)
3. Membeli belah di pasar borong untuk orang kuantan, bonda kata lada merah sekilo kat kuantan harga RM20 hinggit, kat KL baru RM12 hinggit.. segar bugar lagi!
4. Perjumpaan ahli2 sengal, main bowling, makan dan diakhiri dengan karaoke which aku tak berapa nak suka!
5. Interview, kurang membaca teknologi baru.. padan muka tak dapat!

Tu je la yang aku ingat! So, apa lagi enjoy the pictures.

Kuih bom ikan, satar, pulut panggang.. Marbelos!

Sambal belacan dengan nenas, ayahanda buatkan, meletop!

Asam pedas ikan semilang johor style, seperti biasa ayahanda yang masak tuk anak kesayangannya, terangkat la bila makan!

Sebelum aku berangkat ke kayhell, bonda tapaukan aku nasi lemak dengan sambal sotong kering dan telur dadar. Terbaik! Sayang bonda banyak sangat.

Lepak kat kedai Planet Curry, for me the best eva la..

Penjaga setia di rumah. Kucing yang selalu datang, sangat besar dan berbulu lebat. Aku rasa kucing ni dah tua. Tapi masih ensem!

Sekian..

No comments:

Nuffnang Ads