nuffnang ads

June 30, 2011

Muhammad Aidil Danial

Last weekend aku lepak dengan farah.. kawan baik aku sejak tahun 1997. Aku rapat dengan dia pun sebab minat kami sama iaitu mengumpul poster. Aku minat bsb dia minat boyzone. Rumah pun dekat, senang la nak tukar poster atau bergossip.


Tahun 1997 adalah tahun aku dengan farah rancak berchatting. Aku dengan farah suka la buat blind date. Ada sekali tu, farah ada la kenal sorang mamat ni, dalam chatting dia kata muka macam badrul muhayat. Muka taknak kalah nak hensem2 je. So, aku dengan farah buat la pakatan jahat. Time tu takde kereta lagi so kami berbasikal je la. Farah janji nak jumpa depan kedai runcit, kedai runcit je uoll nak pergi mall tak mampu, sekolah lagi. Oleh kerana badrul jadian tu tak pernah tengok kami, so, farah pergi la buat tinjauan depan kedai tu.


Lepas tu, farah pun jumpa la aku kat rumah. Farah ketawa dowhhh terbahak2.. muka takde langsung macam badrul. Aku tak ingat la macam mana farah explain muka budak tu. Badrul jadian tu tak puas hati, sibuk la dok call napa tak datang. Hahaha, nak datang macam mana, kata badrul muhayat tapiiiii fitammm!! perasan badrul konon nak tipu pun beragak la kan..


Lepas farah kahwin, aku nangis ya masa farah kahwin, sebab aku rasa kehilangan kawan baik. Tapi alhamdulillah, kami tetap berkawan sampai sekarang. Walaupun jarang berjumpa tapi kami masih berhubung melalui fb ke sms ke tak pun aku baca blog farah.


Farah, aku sayang ko ok.. huhuhu sedihhhh!!






Anak farah yang ke-4, Aidil.

No comments:

Nuffnang Ads