nuffnang ads

June 29, 2011

Keropok Ikan

Aku kebasahan tadi di opis, kemain lebat hujan pagi tadi . Dah la payung kurang mahal, macam nak tercabut di tiup angin. Bas pulak satu je hari ni, malas nak marah2 kena kawal emosi so layan je la.

Semalam aku berdukacita kerana ayah cousin aku dan tok adang telah kembali ke Rahmatullah di Jakarta. Takziah dan semoga Allah S.W.T. mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham dan dihimpunkan bersama golongan orang-orang yang soleh. Al-Fatihah.

Arwah ayah cousin aku tu, aku tak ingat samada pernah jumpa ke tak. Tapi aku pernah tidur kat rumah dia. Takde la rapat sangat sebab baru kenal. Aku pergi Jakarta tahun 2003 dengan maklong aku. Kalau ikut cousin aku belah sini yang muda remaja gamaknya memang berlibur je la. Tapi kalau pergi dengan ortu ni, lain sket plannya. Time tu sudah tentulah aku berjalan2 di rumah saudara mara kat sana. Sorang pun aku tak kenal, a few je. Banyak la adegan air mata berlaku masa tu. Maklong aku dah lama tak jumpa mereka. Kalau ikut cerita, maklong aku yang mencari saudara belah sana. That why la kami agak rapat.

Arwah Tok Adang memang aku kenal sebab aku pernah tidur di Chemande. 2 malam rasanya. Arwah ni rajin bercerita. Kat rumah arwah ada bela ikan emas dan gurami. Melentik2 ikan bila bagi makan. Makan kat sana, of coz la sedap! Isteri arwah masak best owhhh terutama ayam goreng!! Last sekali aku jumpa arwah tahun lepas, dia ingat aku lagi. Time tu dia dah tak berapa nak sihat. Pemergian arwah sudah tentu la aku terasa sebab muka arwah lebih kurang sama macam arwah atuk aku. Sedihhhhh sob sob.. Kira beruntung la aku ikut maklong aku ke sana sebab boleh kenal ramai saudara mara.

Ok, dah taknak sedih2.. jom tengok gambar!



Keropok hasil kedai bapak aku, pada aku sedap sebab banyak ikan. Buat masa sekarang hanya ada keropok kering. Jenis cekedes pun ada. Boleh la try kalau nak, ada kat kuantan tu hah! cari lahh hehehe gilo! macam satu je kedai keropok kat kuantan.

No comments:

Nuffnang Ads