Hari kedua aktiviti aku adalah melihat keindahan candi borobudur. Hari pertama aku kena bayar dalam RM50, candi ni lak lebih kurang RM60. Tak banyak beza pun. Kalau ikut logik dua2 pun candikan, satu banyak candi, yang satu lagi satu je candi yang besar. Kalau suka tengok, ya silakan. Sebab dua2 pun ada beza. Sapa yang suka amik gambar, dua2 pun cantik. Nak2 time sunset.. fuhhh menggoda!
Tukang cerita pun kena bayar dalam RM20. Pada aku better amik, sebab setiap level candi tu ada cerita dan pakcik guide ni menguasai 5 bahasa, belanda, english, indonesia, jepun, german. Kagumkan, siap amik class. Ada 9 level dan ada 155 anak tangga. Mula2 tu aku rasa macam 'Boleh ke weiii?' dah bayarkan so gagahkan juga. Penat ke? Tak terasa sebab setiap level akan berhenti melihat ukiran2 yang ada pada batu candi dan kenapa ia diukir. Cuma masa turun tu agak cuak la, dah la curam, pemegang tepi lak kurang. Overall aku suka.
Lepas tengok candi, aktiviti seterusnya adalah melawat muzium Ullen Sentalu. Tourist kena bayar lebih kurang RM16. Perlu diingatkan, anda adalah diwajibkan untuk pergi ke tempat ini kerana ia banyak menceritakan seni dan budaya dari Jawa. Wajib ya, sebab best sangat dengar asal usul keturunan2 raja, puteri2, batik, adat and so on. Sila pergi! kalau pergi minta guide bernama Fafa, dia sangat best. Kalau rasa bahasa Indonesianya sangat pekat, sila minta dia guna bahasa baku Indonesia. Insyallah korang akan faham.
Gambar tak ada ya, sebab dilarang keras untuk amik gambar kat dalam tu. Muzium ni dibina oleh orang persendirian a.k.a. swasta. Tapi tempat dia sangat gorges. Kat Malaysia patut ada muzium2 macam ni. Perlu!
Last stop untuk hari kedua adalah Gunung Merapi. Sapa suka adventure sila la pergi sebab nak tengok kesan2 letupan anda perlu naik jeep dan jalan yang sangat berombak2. Di akhir stop, kena naik motor lak nak tengok pasir panas, air panas sebab orang asli Merapi tak bagi kereta masuk. Maybe nak jaga keindahan kawasan. Pastu sila la pekena air teh pisang halia. Terbaikkk! Sapa suka amik gambar, dipersilakan pergi, nak2 masa sunset. Cantik! sebab pada aku takde apa sangat yang menarik kecuali tengok batu, kesan laluan lava, dan rumah2 yang musnah. Driver jeep yang bawa kami keliling nama dia Agus. Sekali naik tak kisah la berapa orang selagi muat lebih kurang RM80.
Mahal sebenarnya nak masuk tempat2 camni. Tapi apakan daya dah sampai takkan tak pergikan!
No comments:
Post a Comment