nuffnang ads

August 30, 2012

Raya Lagiiii

Sunyikan? Eh, bukan aku la sunyi, tapi blog aku ni! Aku ok je, sihat walafiat, makin gemuk je rasa.

Esok cuti weeehoooo! Apa aktiviti? memandangkan esok aku raya, maka dengan rajin dan gembiranya aku akan berarak menyambut Merdekaaaaa! Yeahhh right, aku tak suka ramai2 ni, rimas. So, tengok je la kat tv. Esok aku nak beraya kat rumah mak2 sedara. Kang ada bunyi pok pek pok pek kalau aku tak pergi.

Aku.. aku.. ermm nanti la citer!

Aku dah upgrade kamera jadi 16mp tapi 8mp masih lagi setia menembak sebab mudah dan 24hours dengan aku, nak tembak celah bedah mana pun senang. Nanti rajin aku upload la gambar teaser, Ewahhhh!

Now, aku upload gambar raya dulu ya..

 biskutttt

 ayam goreng berempah

 rendang indonesia sytle.. cousin aku kat sana ajar

 lodehhhhhh my fav

 sotong kering masak samballl, marbelos

 pulut palas kat kuantan 50 sen sebiji.. kecik, nasib baik sedap

 ketupat daun, bapak aku yang buat sarong, aku try satu tak jadi.. dah lupa, last2 give up!

kuah kacang, nyummyy

Seperti biasa, sebelum pulang ke kampung aku akan membeli belah di pasar borong. Aku beli bawang besar, bawang kecik, bawang puteh, kentang, lada merah dua jenis, lada hijau, daun ketupat, lobak merah, kacang buncis, halia, sengkuang, lengkuas, kobis, kangkong, cili padi, daun kelsom, daun selasih, sotong kering gred A yang dah kembang 4 keping, tomato, daun kunyit, serai, total semua dalam RM100. Murahkannn!

Masa kat Kuantan, aku teman bapak aku g pasar. Ada la makcik ni nak beli daun kunyit, 2 helai 70 sen terus dia letak. Kesian aku tengok makcik tu, berpikir2 samada nak beli ke tak. Kat kl ni 10 keping RM1.50. Mahalnyaaa barang kat Kuantan, Santan perah 4 kilo pun RM24. Kat kl kalau tak silap aku murah lagi. Kaya2 orang Kuantan ni dan kesian juga bagi yang tak mampu.

No comments:

Nuffnang Ads