nuffnang ads

February 10, 2012

Hobi Saya Adalah

Location: Merata2 di Kuantan
Emosi: Null
Aktiviti: Makan, beratur, makan, beratur, bayar, beratur, tunggu, pakcik satar eksyen sebab ramai orang beli satar, tunggu lagi, makan dan bayar. So itu la aktiviti aku selama 2 hari.

Satar RM1, 3 biji.. satar ni bonda aku suka sebab kering.

ABC yang aku suka makan sejak dari sekolah rendah lagi. Simple je ada jagung, kacang merah, susu, sirap.. tu je, tak macam tempat lain.. warna warni, kuning la, hijau la, tapi rasaaa biasa je!

Keropok lekor.

Kuih bakar, terbaik.. old skull okey!

Baulu telur, terbaik, bakar pun masih guna kulit kelapa.

Hasil pembelian.

Kuih bom ikan, Satar (satar ni beli kat tempat lain, harga RM0.50 sebiji, aku suka sebab tak kering, tapi pakcik yang jual ni kerek ya.. almaklum la ramai) dan akhir sekali pulut panggang. RM1, 3 batang.

Satu lagi gambar aku tak tembak, nasi dagang. Makcik ni punya nasi dagang memang terbaik la. Tua dah orangnya. Adik aku cerita, dia selalu lepak kat gerai makcik ni pukul 2..3 pagi.. Terbaik la..

Kesimpulan, aku gemuk balik!

Sekian.

No comments:

Nuffnang Ads