nuffnang ads

December 23, 2011

Event, I Like

Esok aku balik kampung.. weeeeehooooooooooooo!! dah dua bulan aku tak balik. Semoga perjalanan kami selamat dan dilindungi Allah, Aminnnn.

Last weekend, aku kerja sabtu dan ahad. Aku tak cukup rehat sebenarnya tapi takpe aku akan bercuti lama minggu depan. Kali ni aku join event tapi indoor, last indoor aku jaga dekat matrade. Broadband 2008 rasanya. Tapi aku tak jaga booth, aku jaga operation sket dan lelain more to conference. Aku kena jaga speakers dari seluruh dunia.. chewahhh!! mostly ceo2 syarikat telcos. Quite interesting, tapi agak penat ya. Selain jaga bilik conference kerja paling mudah aku buat ialah jaga loceng. Bila cukup masa, aku tekan loceng sekali. kalau tak reti juga nak stop, aku tekan 2 kali. Kalau tak reti bahasa gak.. aku baling loceng tu kat muka. Ok, ni tipu!

Event hari tu aku jaga booth je, jual barang. Time ni la nak tunjuk skill sebagai peniaga. Aku tak involve the whole operation. Bahagian2 protokol ke apa ke tu orang lain yang stress. Broadband tu walaupun aku jaga speakers, baca macam senangkan, jaga je.. tapi tidak ok. Lagi protokol.. bercakap pun kena slow je.. ala2 wanita melayu terakhir, dari english pasar jadi english UK.. hahaha, yeah right! dari tudung bawal jadi tudung shawl warna warni blink2.. ok ni lagiii tipu!

Perkara utama yang perlu aku take note adalah jadual conference, bilik, slide, kebersihan, projector, mike an so on mestilah tepat dan jitu. Kalau tak, kena maki free je ngan organizer. Ada la seorang speaker dari Apple ni, serius blank kejap aku time tu, ya la slide dari lappy mac tu takleh connect dengan projector. So aku suruh dia transfer dalam thumbdrive n pakai lappy windows. Problem solve tapi slide dia tak berapa nak interactive la sebab windows tak support a few movement.

Tapi paling gelabah, bila slide speaker salah! hahahaha gelabah okey, kena maki kaw2 punya. Dah la speaker tu memang jenis suka mencarut. Tapi bukan aku la yang kena, memba aku.. dah la bilik conference tu dewan. hahahaha!

Tahun lepas n tahun ni aku join outdoor event. Sangat menarik aku suka. Event kat padang, ada booth dan stage. Aku pernah jaga media dan last event aku jaga stage. Walaupun penat nak mati, hitam legam tapi aku puas tengok orang happy. Bila kita manage event ni secara automatik kita belajar tidak malu berdepan dengan orang. Kalau event outdoor ni kita takde registration, so kita tak tau berapa ramai yang datang.

So, cara lain ialah dengan menampal sticker pada setiap pengunjung yang datang. Ko mampu? Aku? mula2 memang malu gila.. aku tengok je si sheleq tampal kat orang. kat baju la, kat pipi la, kat tangan la. Aku ikut je, aku gelak ok.. sebab aku rasa aku tak berani.. sekali kena PANGGGGG kanggggg.. aku amik aura tak malu adalah 15 minit.. lepas tu aku try sorang dua, aku aim remaja.. then aku aim mak2 orang.. pastu pak2 orang.. n so far semua sporting.

Aku pun pernah bagi flyers kat melaka. Kat stesyen bas ke apa tah aku tak ingat. Tu pun kena belajar tak malu. Apa perasaan ko bila ko hulur orang taknak, selalu ko buat camtu kan kat orang. Kali ni orang buat camtu kat aku. Aku malu ok.. rasa nak smack down je! Ada yang membebel la, ada yang eksyen la.. lama2 aku ok je.. So, now kalau aku jalan2 n ada yang hulur flyers aku amik je. tak kisah la bahasa cina ke india, ahlong ke, nak besar nak kecik nak panjang nak kasi spring ke *yang ni jijon mesti suka, aku tetap amik. sebab aku faham perasaan mereka. Kononnnn!!

Okla.. tu je aku nak citer!

Gambar event.. later aku upload lagi..

Event di Sibu, Sarawak.







Sesi pemilihan lukisan terbaik.. pandai depa ni!

No comments:

Nuffnang Ads