nuffnang ads

December 24, 2011

Ehem Ehem..

Last weekend, aku jumpa IniAnwarHadi dan MatLuthfi di PWTC. Alang2 aku jaga booth kat sana, aku amik la kesempatan berborak dengan budak2 ni. Dah budak2 ni depan mata, apa lagi, macam2 soalan la aku tanya. Kepochi sangatkan dah macam makcik2! Gambar kat bawah ni aku yang amik tapi bukan guna hp ya, aku guna dslr opisnya.


IniAnwarHadi

Oleh kerana aku diberi tugas untuk menjual dia ni, eh bukan dia, tapi tshirt IniAnwarHadi! Sambutan? not bad, ramai juga yang dok beli. Budaknya baik dan soft spoken. Muka si AnwarHadi ni lebih kurang macam bapak dia. Bapak dia ni, sangat la peramah. Kejap je berborak sebab dia dah nak gerak ke Melaka. Aku ada la tanya, napa video tak banyak? dia jawab, dia takde hardware/software yang ok tuk hasilkan video. Takpe, nanti dah berduit boleh la bikin video canggih2 ya. Amin!

MatLuthfi

Pertama kali bertentang mata, chewahhhh.. aku rasa budak ni kerek gila! rasa macam nak panggg je.. tapi lepas berborak panjang, aku rasa dia ni baik orangnya Hormat orang tua.. aku la tu, tua! sob sob.. Kelakar nak mati ya si Luthfi ni. Comel je orangnya, bibir pink.. opsss!! Lama juga aku berborak ngan Luthfi ni, pasal kerja, study dan gadget. Perkataan pertama yang keluar dari mulut aku bila jumpa Luthfi adalah.. 'OLEY!!' :)

Untuk anda berdua, study hard + study smart + segala macam tok nenek nasihat = semoga impian anda tercapai. Aminnnn!!

December 23, 2011

Event, I Like

Esok aku balik kampung.. weeeeehooooooooooooo!! dah dua bulan aku tak balik. Semoga perjalanan kami selamat dan dilindungi Allah, Aminnnn.

Last weekend, aku kerja sabtu dan ahad. Aku tak cukup rehat sebenarnya tapi takpe aku akan bercuti lama minggu depan. Kali ni aku join event tapi indoor, last indoor aku jaga dekat matrade. Broadband 2008 rasanya. Tapi aku tak jaga booth, aku jaga operation sket dan lelain more to conference. Aku kena jaga speakers dari seluruh dunia.. chewahhh!! mostly ceo2 syarikat telcos. Quite interesting, tapi agak penat ya. Selain jaga bilik conference kerja paling mudah aku buat ialah jaga loceng. Bila cukup masa, aku tekan loceng sekali. kalau tak reti juga nak stop, aku tekan 2 kali. Kalau tak reti bahasa gak.. aku baling loceng tu kat muka. Ok, ni tipu!

Event hari tu aku jaga booth je, jual barang. Time ni la nak tunjuk skill sebagai peniaga. Aku tak involve the whole operation. Bahagian2 protokol ke apa ke tu orang lain yang stress. Broadband tu walaupun aku jaga speakers, baca macam senangkan, jaga je.. tapi tidak ok. Lagi protokol.. bercakap pun kena slow je.. ala2 wanita melayu terakhir, dari english pasar jadi english UK.. hahaha, yeah right! dari tudung bawal jadi tudung shawl warna warni blink2.. ok ni lagiii tipu!

Perkara utama yang perlu aku take note adalah jadual conference, bilik, slide, kebersihan, projector, mike an so on mestilah tepat dan jitu. Kalau tak, kena maki free je ngan organizer. Ada la seorang speaker dari Apple ni, serius blank kejap aku time tu, ya la slide dari lappy mac tu takleh connect dengan projector. So aku suruh dia transfer dalam thumbdrive n pakai lappy windows. Problem solve tapi slide dia tak berapa nak interactive la sebab windows tak support a few movement.

Tapi paling gelabah, bila slide speaker salah! hahahaha gelabah okey, kena maki kaw2 punya. Dah la speaker tu memang jenis suka mencarut. Tapi bukan aku la yang kena, memba aku.. dah la bilik conference tu dewan. hahahaha!

Tahun lepas n tahun ni aku join outdoor event. Sangat menarik aku suka. Event kat padang, ada booth dan stage. Aku pernah jaga media dan last event aku jaga stage. Walaupun penat nak mati, hitam legam tapi aku puas tengok orang happy. Bila kita manage event ni secara automatik kita belajar tidak malu berdepan dengan orang. Kalau event outdoor ni kita takde registration, so kita tak tau berapa ramai yang datang.

So, cara lain ialah dengan menampal sticker pada setiap pengunjung yang datang. Ko mampu? Aku? mula2 memang malu gila.. aku tengok je si sheleq tampal kat orang. kat baju la, kat pipi la, kat tangan la. Aku ikut je, aku gelak ok.. sebab aku rasa aku tak berani.. sekali kena PANGGGGG kanggggg.. aku amik aura tak malu adalah 15 minit.. lepas tu aku try sorang dua, aku aim remaja.. then aku aim mak2 orang.. pastu pak2 orang.. n so far semua sporting.

Aku pun pernah bagi flyers kat melaka. Kat stesyen bas ke apa tah aku tak ingat. Tu pun kena belajar tak malu. Apa perasaan ko bila ko hulur orang taknak, selalu ko buat camtu kan kat orang. Kali ni orang buat camtu kat aku. Aku malu ok.. rasa nak smack down je! Ada yang membebel la, ada yang eksyen la.. lama2 aku ok je.. So, now kalau aku jalan2 n ada yang hulur flyers aku amik je. tak kisah la bahasa cina ke india, ahlong ke, nak besar nak kecik nak panjang nak kasi spring ke *yang ni jijon mesti suka, aku tetap amik. sebab aku faham perasaan mereka. Kononnnn!!

Okla.. tu je aku nak citer!

Gambar event.. later aku upload lagi..

Event di Sibu, Sarawak.







Sesi pemilihan lukisan terbaik.. pandai depa ni!

December 21, 2011

Jogging

Siapa nak join aku jogging berterabur dekat bukit jalil sila baling kasut jogging saiz 10 kat aku.. aku dah takde kasut, kasut dah hancur!


Siapa yang rasa nak ngorat aku dan nak bagi bunga, rajin2 la trace aku guna apps ni. Pastikan juga anda mengggunakan smart phone atau tablet yang ada data plan. Buat apa ada teknologi canggih tapi harapkan wireless free. Eh, jangan percaya aku MERAPU je.. :) aku bukannya freak gadget!

December 20, 2011

Aku dan Sinchan

Anak Dalia.. Afiq :)

Hahahaha.. kejikannnn!! tu je tulis

@Ben's

Makan jommmmm..




Adios.. Keji tu je nak tulis! :)

December 15, 2011

Jemput Makan

Chef: Makcik aku
Nama Lauk: Tauhu sepah dengan isi ayam cincang, sardin bergaul dengan kentang manja sekali dan akhir sekali tauge campur taknak gaduh ya.




Nomm Nomm

December 14, 2011

Kriik Kriik


Sunyikan! tataplah gambar belalang kunyit untuk hari ini. Aku tembak masa parking keta kat tempat biasa. Lama dah aku tak tengok belalang al maklumla gadis urban.. hahaha, statement taknak kalah! Aku tak tau spesis apa belalang ni, tapi warna ala2 kunyit.. ya la kot. gambar tak berapa nak sharp.. parkinson kot berjangkit dengan kak gee..

Ok.. nanti aku sambung citer lagi.. banyak ni nak borak! yeah right..

December 7, 2011

Ke Bioskop Lagi

Selepas settle urusan aku petang tadi, aku layan Ombak rindu buat kali ke dua. Pertama kali tengok, aku bawa dalam jiwa jalan cerita dari novel. Kesimpulannya aku sedikit kecewa.

Kali kedua, aku datang dengan jiwa kosong. Buang jauh2 kenangan aku bersama novel. Dan kesimpulannya, aku bagi rating 4/5. Aku berpendapat jalan cerita ni ada kesinambungan. Dan aku tetap suka lakonan Maya dan Aaron. Part orang ketawa, aku dah tak ketawa. Aku rasa kalau in real life pun aku tak rasa itu lucu. Aku menghayati betul2 jalan cerita kali ni. Aku puas!

Sekian.

December 5, 2011

Ombak Rindu

Last weekend aku layan Ombak Rindu bersama Yun yang gigih membaca novel part satu dan dua sebelum tgk movie. Pendapat aku movie niiiii adalahhhh..

Sebelum aku ulas jom baca ulasan dari pengkritik filem ahli2 GGO di bawah. Enjoy!

Jangan marah ya anda berdua.. tapi pendapat korang adalah sama je macam aku. Aku hanya boleh bagi 3/5 bintang sahaja. Kalau movie ni dikaji, diolah dengan kasih sayang dan di apa2 sekali pun, aku pasti, movie ni akan menjadi movie yang paling meletop kebabow di Malaysia.

Aku tak harap pun movie ni sampai 5 jam.. walau 2 jam sekali pun aku tak kisah, tapi jalan cerita yang nak disampaikan kepada penonton haruskan disusun dengan rapi dan teratur. Bagi aku cerita ni tetap best walaupun dah dipendekkan.. terkilan sikit je tak banyak pun. Aku sedih dalam hati je bila tengok citer ni. Kalau novel? aku dah nangis stok meleleh2 punya.

Bukan mudah nak hasilkan sebuah filem dari novel, banyak benda kena study ataupun perlu ada kerjasama dengan pengarang. Movie Harry Potter yang byk buku tu pun kena komen apatah lagi Ombak Rindu.. susah ok nak puaskah hati semua orang.. chewahhh!

Anyway, lakonan Aaron dan Maya memang best! Lepas ni kalau aku baca balik novel Ombak Rindu, aku dah boleh image Aaron sebagai heronya. :) Bak kata Nyah Jijon.. merembes! hahaha

Sekian.
dewman
pengkritik filem yang hanya belajar satu sem di kolej.

December 1, 2011

I'm Back!


Back la sangatkan! Penat la uoll.. Touch down tengah malam Ahad, esoknya aku bangun pukul 4 petang. Perempuan apakah, i pun tak tau! Terima kasih la Kak Gee pick up i kat lcct tengah malam buta, kendian ajak g minum lak, macam la kat Tawau aku tak minum. Ya la aku minta teh ais tapi dapat teh o ais rupanya depa panggil teh nai, nai tu susu la kot. Tu pun memba aku si bai bagitau.

Overall aktiviti aku kat sana.. sangattttttttttttttt BEST! nanti la aku cerita.

Muka aku dah semakin hitam, hitam di Sibu belum lagi hilang dah tambah hitam di Tawau. Kak Gee pun perasan aku dah hitam. Sedih! lama tu nak kasi puteh balik.

Selamat tahun baru ya, masih belum terlambatkan. Azam aku tahun lepas ada yang dah tercapai.. nak kurus sket? YES, tercapai.

Sekian.

November 23, 2011

Bulu bulu



Aku di tawau, gila busy, penat dan hitam sedikit. First time aku jaga pentas and seriusly its very interesting but agak kelam kabut. Benda baru so byk hole sana sini. Tapi I learn from my mistake la so that after this aku boleh perbaiki cara aku handle stage.

Apa yang aku buat? Aku kena handle pertandingan mewarna, melukis, karaoke, lucky draw, stage games n a few things yang perlu diambil kira.

But its fun.

Esok last day. Hope everything going smooth.

November 21, 2011

John Doe


Last weekend aku lepak rumah cousin aku. Sambil tu layan kucing2 yang ada dalam rumah tu. Siyes memang comel. Gambar kat atas ni salah sekor yang aku amik. Yang ni anak chemong generasi yang ke 3 ke 4, aku tak ingat. Tapi sian kat chemong dah tak cantik cam dulu, dah tak diva. Bulu pun dah bertukar warna.

Bubu kacukan mainecoon pun dah tiada di dunia ni lagi, katanya maybe termakan siput babi. Bubu lagi besar n lebar dari si kukun. Nanti aku post gambar kukun ya. Kukun ni berat 7 kilo. Nak gurau dengan kukun pun takut. Kaki kukun sama besar dengan 3 jari aku.

Khamis ni aku akan ke Tawau.. Whoott Whoott.. siap sedia untuk menghitamkan muka lagi.

November 18, 2011

Lamanya

lately, aku agak sibuk di opis. sibuk membangunkan aplikasi baru yang aku dan team buat bertungkus lumus selama 2 minggu dan akhirnya campak ke tepi. Sebab apa? sebab orang atasan cakap flow tak betul. Mangkuk sungguh! hangin.. lepas tu aku langsung tak sentuh modul tu, gi makan mcd sambil bergossip. Esok pagi baru start flow baru.

Aku tak faham la.. team aku update dokumen 2 hari sekali.. tapi selepas 2 minggu kami buat baru perasan flow salah. Napa la tak cakap awal2.. banyak gak modul dah buat.

Okla.. sambung cerita menggembirakan pula. Gembira, yeah right! next week aku ke TAWAU.. whott whott.. pergi menghitamkan lagi kulit mukaku yang mulus ini.

Gambar kat bawah ni, perjalanan aku ke Sibu.

Tapak karnival sehari sebelum karnival berlangsung.

November 11, 2011

Posing dengan Kepala


lagu: Jessie - Price Tag

Video ni aku amik sebab budak ni sangat cute. Dia sangat obses dengan upin dan ipin. Siap intai dari luar ada tak upin ipin ni. Aku kesian la kat budak ni sebab upin ipin tinggal kepala je badan semua dah masuk dalam kotak. Aku cakap la 'upin ipin dah tidur' tapi budak ni tetap juga tengok.

Pastu memba aku kata upin ipin dah tidur.. wish gudnite n kiss.. budak comel ni buat okey.. flying kiss and dia masuk kiss kepala ipin ke upin, aku tak ingat.

Tapi aku teruja tengok budak2 kat sibu ni.. sangat obses dengan upin dan ipin. Aku rasa bukan budak2 je makbapak pun sama naik.

*Jangan kata orang, aku pun sama, hahaha!! bukti ada dalam video tu

November 10, 2011

November 5, 2011

Selamat Hari Raya Aidiladha


I would like to wish you uolls Selamat Hari Raya Aidiladha.
Wish you and your family blessed with goodness.

November 2, 2011

Sambungan Jejaka Kuning

Sebelum aku tepek gambar baru, apa kata kita tengok dulu gambar2 yang lama. Bolehkannn an annn!! Aku tembak suasana event shell fuelsave day last month.





Siapakah jejaka itu, tersenyum riang nampaknya..

Tentulah i, Fahrin Ahmad.

Siapa? Dewman? kem salam la ya.. cute budak tu.. bak kata abe nan "chubby delicious".

p/s: abe nan adalah watak sebenar .. nanti aku cer cer pasal dia.

November 1, 2011

Say Cheese

Tengahari tadi layan pizza baru kat pizza hut.. pizza yang ada 6 ke 8 jenis cheese tu. Then order triple chicken. Sila la layan gambar2 pizza ni ya.

Triple chicken.. not bad, tapi kata triple chicken kan so aku budget banyak la ayam. Takpe layankan je.


Aku bukan minat sangat cheese.. so tak tau nak kata sedap ke tak.. biasa2 je.. tak dapat nak bayangkan kalau pizza ni cheese semata2.. sebab yang aku order ada topping hawaian chicken.

October 31, 2011

Walaupun Hitam tapi PUAS

Kembali lagi bersiaran.. Nanti aku update aktiviti aku kat Sibu, sangat menarik tertarik, ternyampah, tergeram, termarah, termalu.. macam2 emosi ada selama 3 hari aku di sana. Tungguuuuu...

October 21, 2011

Jumaat Sudah

Menghitung hari untuk fly ke Sibu.. selain ingin melepaskan gian handle event kalau sempat aku nak cari udang kering atau ikan bilis. Apakah? macam di semenanjung takde jual..

Hujung tahun ni, ramai lak nak kahwin.. budak opis aku 4 orang.. fuhhhh duit duit.. Nasib baik budak2 opis ni nak tong2.. yang penting ikhlas nak memberi.. tadi dah beli 2 barang tapi baru tuk sorang.. tinggal 3 orang lagi. aku ingat nak cari alas tempat tidur.. hadiah wajib.. mau dapat 20-30 jenis alas tempat tidur.. tahan la sampai 10 tahun.. tak pun hadiahkan balik pada orang kahwin.. huhuhu

Dah 4 hari aku tak makan nasi.. hari ni nak taknak aku mesti makan.. aku tapau nasi goreng ayam berlado.. nyummyyy.. alhamdulillah sedap!

Weekend ni tak tau nak buat apa.. lepak kat rumah je la. Tapi macam nak makan mcd je esok. ada promotion quarter pounder with cheese RM7 je.. set meal lagi!! macam menarik..

Nasi goreng ayam berlado.. harga RM5

Sob sob.. tak sempat nak masuk pertandingan Jumbo Queen.. kalau tak tentu mak akan menang.. kelazzz!

October 20, 2011

Anda Suka Makan?

Ya..




Selamat menjamu mata.. hahahahaha gila malas nak taip.. ok, aku taip sikit je lagi.. yay, next week aku ke sibu.. hip hip horeyyy!

October 19, 2011

Masamnyaaa..

Kawan opis aku, yang duduk sebelah aku, tak sebelah aku, depan aku, tak depan aku, belakang aku.. selama 3 tahun, camtu je position tempat duduk.. hehehehe, itu tandanya kita tidak dapat dipisahkan hanya partition je yang memisahkan kita :P.. dia ni rajin bawa mangga dari penang.. kalau time tak masak tu.. fuhh sedapppp meleleh2 air liur sebab masam.. ditambah pula cicah dengan kuah rojak mak bee yang di import dari utara.. fuuhhhh masam+pedas+manis, meletop!

uihh kejap je dah hari rabu.. kena settlekan semua kerja b4 aku ke Sibu next week.. chaiiyokkk dewman!

warnanya kuning tapi sedikit masam.. noomm nooommm noommmmm

October 17, 2011

Jejaka Kuning.. aaAAUuMMm

Mood: Malas
Status sehingga ke hari ini: Gila banyak gambar dalam hp nak di upload

Last weekend aku diangkut oleh t.linda ke OU, teman dia attend event Global Shell Fuel Save Day.. aku wakil student mmu.. takpe, akukan awet muda.. .:sigh:. Aku ingatkan event biasa2 je sekali kawwwwww bernanah gegendang telinga.. siap konsert bagai. Dah tua nokkkkss dah tak larat nak berdiri lama..

Tapiiii apa2 pun.. sila la tengok gambar jejaka fahrin di bawah ni ya.. Kebetulan je.. alang2 ada depan meja dia pun baru sampai.. ada sesi tandatangan.. apa lagi amik kesempatan la.. Minat? tidak la sangat suam suam kuku je..

Satu gambar dulu ya.. later aku upload lagi..

*Aku adalah pengguna tegar Shell.. aku dah try petrol lain tapi cepat habis la.. tak lebih kilometer mesti kurang.. dan aku tak reti nak guna ron95 tak tau kenapa.. mungkin kalau minyak ron97 naik sampai 3 hinggit.. aku akan tukar :)

October 10, 2011

Rindu Semakin Membara.. Auummm

Aku tengah rindu ni..
  1. Rindu nak menghuru harakan keadaan di padang.
  2. Rindu nak pusing padang sampai celah jari kaki melecet dek banyak sangat berjalan.
  3. Rindu nak makan nasi bungkus yang dah sejuk sebab tak sempat makan.. kerja banyak.
  4. Rindu nak bersosial dengan orang ramai.
  5. Rindu nak manage exhibitor and others.
  6. Rindu nak dengar shlq membebel, bagi arahan and so on.
  7. Rindu nak bangun pagi n balik lewat malam.
  8. Rindu nak cuci mata alasan tah apa2 sebenarnya, macam sekarang pun tak boleh cuci mata agaknya.
  9. Rindu nak layan kerenah exhibitor and free gift.. wink.. wink.
  10. Rindu nak join operation teams tuk next event with shlq.. weehooooo!!
SIBU, HERE I COME!!

Sebelum pergi, layan asam pedas ayam dulu.. aku memang suka makan ayam, kalau boleh ganti dengan ayam, confirm aku suh tukang masak letak ayam. Aku makan dekat jusco, tapi sedih kedai tu dah tutup.. sob sob.. asam pedas dia sedap juga

October 7, 2011

Hotlink Prepaid Reload

Hello..

Aku ada 5 keping reload hotlink berharga RM100 setiap satu. Aku nak jual dan aku jual murah.. Berminat, sila la email pada aku dewman80@gmail.com

Thank you..


*Dah 4 hari aku takde smartphone, maka gambar adalah 3.2mp. Bila takde smartphone ni terasa pelik tapi aku rasa aman dan damai je jiwa ni.

Selamat Pagi Semua

Hari ini aku dengan baik hatinya membeli nasi kerabu dengan ayam goreng berempah dan separuh biji telur masin dengan menggunakan tupperware. Ya, aku telah mengurangkan sampah.. save satu keping pembungkus tiada efek pada dunia sebab orang lain tetap membeli tanpa tupperware. Sedap ok nasi kerabu ni. Tapi nasi tak banyak sebab tak muat tupperware. Makcik tu cakap dia kurangkan harga. Aku suka je, takde la melantak banyak sangat.

Mewahkan nampak.. takde la sememeh kalau dibungkus.

Makanan kegemaran aku dikala bosan. Tak manis, tu yang aku suka. Aku kalau malas makan nasi tengahari, aku turun la cold storage beli scones ni.. tak pun wantan goreng tak pun banyak la makanan kat situ. Harga pun berpatutan.

*Semalam, borak dengan pakcik perfume aku tu, baru la aku tau.. yang pati tu dia beli dekat france n us.. so kira pati original la dan dibotolkan kat sini. Tapi kalau dalam botol spray tu dah bercampur alkohol. So, yang roll on tu pati.. maka non alkohol.

Nuffnang Ads