nuffnang ads

April 30, 2013

Setelah Lima Bulan

Esok balik kampung, yayyyyyyy weeehhoooo whoott whoott! Excited gila, hati pun berdebar2.. almaklumlah dah dekat 5 bulan tak balik. Rindu sangat kat bonda, ayahanda, adik2, rumah, pagar, katil adik aku.. katil aku takde dah, masakan makayah aku dan apa sahaja yang ada kat kampung.

Semalam dah puas membeli belah barang dapur tuk kampung. kangkong, lada, cili padi, lada kering, bawang merah, bawang puteh, kentang, daun kelsom, daun selasih, dauh sup, daun kuchai, labu kuning, sayur kailan, daun kunyit, lobak, tomato, timun, halia kampung, kacang buncis, kacang panjang, bendi, serai dan semuanya RM50, ya RM50 jerrrr.. murahhhhhhhh aku sukaaa.. kalau kat Kuantan tak dapat weii harga camni! aku bukannya beli sket2.. memang puas hati la!

Dan yang paling pentinggggggg.. aku balik sebab nak mengundiiiii!!! baju chantek, check! suar merah, check! blusher, check! lipstik, check! bb cream, penting check! push up bra, hahahaha takyah nak poyo sangat.. ini semua aku lakukan untuk meluaskan jajahan jodoh..

Jom la layan gambar

 Rawa telur kat bangsar.. marbelos!

 Makaroni goreng

 Nasi daun pisang, bangsar mari

Breakfast dengan memba dari India, mesti la aku ikut cara dia, kalau ikut cara aku memang dia tengok aku makan je la. Kata vegan!

 Terbaik wokkkk, nasi kerabu kat putrajaya!

April 22, 2013

Jusangjeolli

Malam Jumaat lepas lepak ngan geng2 bawah tanah. Geng lama aku kenal since 2007 dan yang lain2 adalah ahli baru. Huihhh bukan geng ganas2 la.. geng sengal2 je semua ni! Lepak la kat bangsar, makan nasi daun pisang. Not bad laa makanan kat situ tapi ayam goreng agak kering, me not loike. 

Lepas makan masing2 nak lepak lagi. Next destination KARAOKE!!!! WHATTTTT!!!! memang tak IN la kann sebab aku bukan jenis kaki nyanyi, kaki hafal melody.. orang nyanyi lagu pop aku buat lagu zapin. Tak in, tak in pun, aku happy je tengok geng2 ni nyanyi. Aku sebenarnya tak kisah tapi kalau balik lewat sangat tu aku kisah. Sebab aku takut balik rumah sorang2 lain la aku ada jejans ke? suami ke? dua kali 3 pagi pun aku tak kisah. Anyway aku have fun lagi pun bukan selalu aku lepak ngan diaorang.

On the way balik tu, mmg belasah 120km sejam je la.. takut weiii

Jom gambar

Kenny Rogers.. nomm nomm

Nasi arab

Serabut

Rindu la nak pergi lagi.. takpe next time

April 6, 2013

Hama Lagi

Ini adalah kali kedua aku kena gigit dengan hama burung yang selalu lepak bawah bumbung bila nak beranak. Last time aku kena inject, aku tak period sebulan. So, this time aku google petua untuk menghilangkan hama. 

1. Aku sediakan bekas yang diisi air dan aku letak lilin yang bernyala pada waktu gelap. Tapi non hado hama yang tertarik dengan cahaya. GAGAL
2. Masak buah lemon untuk dijadikan spray, tapi kalau dah dasar pemalas, aku mandi tonyoh2 je ngan lemon. Kita tengok la apa akan terjadi. 
3. Vakum satu bilik.. Ini aku percaya la, kalau pen pun boleh sedut apatah lagi hama kan.

Ada lagi petua2nya, letak garam la, dettol la.. hopefully berjaya la sebab aku taknak kena inject lagi.

Jom gambar..

Melayan bos aku tembak langit senja lepas hujan.

Takyah citer pun uoll taukan.. mee goreng

Ni mesti tak taukannn?? daging masak kicap

Terbaik! telur goreng dan labu masak lemak.

Tatapkan wajah Aira. Ni aku amik masa jadi babysit setengah jam sebab makcik aku solat.

April 5, 2013

Ya Tahu

Lamanya tak updateeeeee, rindu lak rasanya!

Hari2 tengok blog sendiri, tapi takat tengok je la. So, hari ni, esok, lusa dan tulat berikrar akan update pada hari2 tersebut dengan menggunakan kaedah schedule. :)

Nak senang update gambar je la, pastu citer sket. So, lets start!

 Sarapan nasi kerabu.. senangkan nak citer semua orang pun tau ni nasi kerabu. Nasi kerabu dengan ayam goreng berempah RM5 tapi aku suspek makcik yang jual ni dari Indon eh silap Indonesia.

 Tah apa nama dessert ni, budak praktikal buatkan. Rajin sungguh, aku dulu, mana ada masa nak masak2.. ala cakap je la malasssss!
 Terbaikkkkk, sizzling mee ayam black pepper extra kat Alamanda. Sizzling paling aku suka setakat ini.

 Paling lama tak makan ubi kayu, akhirnya ada juga yang jual kat tengah2 bandar KL ni.

Bangunan opis aku dah tutup utk renovation, maka ni adalah santapan terakhir aku di gerai pakcik mualaf. Lauk pauk yang sedap, dimasak dengan kasih sayang, harga pun murah. Nak dibandingkan tempat lain, kalau kuah lemak tu, cair sangat, tapi kalau kat gerai ni, mmg pekat la. Cara masak pun bersih. Ikan goreng kat bahagian kepala dan perut pun bersih. Pakcik ni memang sangat teliti dan suka memantau pekerja2 dia potong sayur. Ni tak boleh tu tak boleh. Memang bagus la.. Now, aku tak tau kat mana pakcik ni buka kedai.

Last weekend budak kecik ni lepak umah, this weekend datang lagi. Lena tidur beralaskan peha jenama Sealy.

Nuffnang Ads