nuffnang ads

August 30, 2009

Merdeka!


Aku nak wish Merdeka kepada orang2 yang menaiki komuter yang senantiasa dihimpit, diraba, dicopek, dimaki, sabar ya kita sudah merdeka, kpd komuter yang kadang2 ontime kadang2 tidak, salam merdeka aku ucapkan, merdekakanlah kami. Terakhir buat perempuan ini yang sangat merdeka, yang dari jauh sudah mencampakkan beg dan tanpa bersalah duduk tanpa mengucapkan terima kasih kepada aku yang hampir melabuhkan punggung.

August 26, 2009

Iphone

Begini ceritanya mimpi aku semalam,

1. Aku memenangi percutian, ke mana? aku dah lupa tapi negara tu bermula dengan huruf V dan yang pasti bukan Venezuela tempat kelahiran Diva Jijonorotiwa Mahonarasalebam.

2. Dalam perut kapal terbang, ramai rupanya yang berpeluang melancong seperti aku, ada Cina, ada India kira mengikut tema SATU merdeka tahun ini.

3. Setelah berada di atas awangan selama 15 minit, aku ternampak pokok di kiri dan kanan tingkap, aku pelik. Bukan sahaja pokok, orang menjual dan bertukang pun ada. Seperti berada di Indon, ada je yang ketuk tingkap meminta sedekah, menjual qoran dan snek.

4. Kemudian aku rasa seperti terjatuh ke bawah dan gedebusshhh masuk ke dalam laut. Bahagian ini aku tak pasti samada kami basah atau tidak. Maka kapal itu tidak terbang lagi tetapi hanya ikut arus laut.

5. Akhirnya aku sampai ke sebuah kampung yang majoritinya orang melayu. Kedatangan aku di alu2kan oleh penduduk kampung dan dibawa ke sebuah rumah ala2 rumah panjang. Aku lepak bersama2 penumpang lain, dan datanglah penghulu utk mengucapkan tahniah kerana menang melancong ke negara beliau.

6. Aku dan lain2 rasa tertipu dan teraniaya. Aku budget dapat pergi negara omputih yang berpakaian seksi dan vogel di tepi pantai, ternyata anganku meleset sama sekali. Ramai pemenang tidak berpuas hati, maka mereka pun ingin pulang ke Malaysia dengan kadar segera.

7. Penghulu kata ok, tapi kapal terbang perlu diperbaiki kerana ada kerosakkan. Maka berkampung la kami di dalam rumah itu. Aku pelik sebab dalam kampung mereka pakai ferrari.

8. Aku tak puas hati, aku pun keluarkan Iphone dari poket seluarku, perrgghhh jgn main2 mimpi aku ada Iphone.. aku tembak muka penghulu dan aku post kat facebook, meminta bantuan rakan2ku yang giler berfesbuk agar mereka dapat membantu mencari identiti penghulu tersebut. Owhh time ni aku dah harvest semua tanaman di farmVille dan Barn Buddy.

9. Tetiba.... aku pun bgn sahur... tergantung la mimpi aku tadi.

Kesimpulan, adakah aku akan dapat Iphone? atau jgn percaya dengan orang melayu yang suka kelentong! atau perlukah aku kurangkan aktiviti berfesbuk? hahahahaha

August 23, 2009

Chatting dengan orang luar

edu_malaya: salam
aku: salam
edu_malaya: how r u
aku: ok sihat
edu_malaya: alhamdolleah
edu_malaya: how old r u
aku: saya 29
edu_malaya: oh
edu_malaya: reza 37
aku: ok
edu_malaya: where r u now
aku: kat kl
edu_malaya: ok im in kl too
edu_malaya: nice to meet u saya
aku: ok

kawan2, mulai sekarang nama aku saya ok!! hahahahaha

August 13, 2009

Temubual

Aku telah di"interview" oleh Puan Ratna Sari Hoenorjowo Rajji di Jakarta semalam. Berkonsepkan ala2 minang sebab aku orang minang dan isu berkaitan dengan blog yang aku tulis. Dari jauh aku sudah nampak rendang ayam dan ayam goreng berempah dan nasi panas dan abc. Maka konsentrasi aku terhadap temubual hari itu sedikit terganggu. Pls donk bagi aku makan dulu bisa ngga? :)

Puan Rat: Hai..
Aku: Hai juga..
Puan Rat: kabarnya gimana?
Aku: Sihat, Alhamdulillah liat perutku udah bisa goyang2 nieh.
Puan Rat: gelak.
Aku: cilaker dalam hati.
Puan Rat: kenapa dewmandew?
Aku: Owhh sebab dah ada orang guna dewman.
Puan Rat: kenapa dewman?
Aku: "dew" nama asli gwe, "man" kerna masa kecil sudah baligh barang kali, aku suka banget main game "PACMAN" so aku tambah aja jadi dewman.
Puan Rat: lucu ya kamu, kamu ngga pengen mencipta games alias pacman?
Aku: Mahu, tapi flownya lain, tiap kali makan biji bulat2 itu, dewman akan menjadi gendut, maka harus cari laluan yang bisa bolos kalau ngga terlekat. Puan Rat faham ngga?
Puan Rat: faham donk. Kamu udah kawin?
Aku: masih single and available, ada artis ke u nak kenalkan kat i?
Puan Rat: Rangga ada, Christian Sugiono ada, mau?
Aku: i tak kisah, boleh tayang2 boifren kat Malaysia. Harap ahli GGO makan hati sendiri la melihat kemesraan i.
Puan Rat: GGO?
Aku: teman2 gossip, ada nyah, ada gayah, ada leklem ada straight. ops mati la mak kena gos2 di email.
Puan Rat: Hah apaan tu?
Aku: next Question.
Puan Rat: bila mahu kawin?
Aku: Tahun 10.10.2010. tarikh udah ada, calonnya belum.
Puan Rat: ok tu je soalan buat kamu, terima kasih ya kerana sudi meluangkan bersama kami. foto yuk!
Aku: sketnya soalan, taknak tanya ke i kerja apa? gaji berapa? bila nak kurus? kenapa i nampak muda dari usia i?
Puan Rat: ngga perlu, sisa cerita bisa di rekayasa, dont worry pasti yang bagus2.

ok sekian, pastu aku g makan, 3x tambah!

Nuffnang Ads