nuffnang ads

February 23, 2016

Middle East - 20 Days


Dubai - Jordan - Iran - Abu Dhabi

December 18, 2015

Doodle Kucing Lagi

Sejak aku terjebak berniaga makanan ni, aku dah jarang sangat melukis. Pagi masak, time lunch delivery balik dah penat, malam prepare lagi tuk esoknya. Jarang2 melukis tapi siap juga satu doodle untuk katniss cafe. Owner nak buat galeri dalam cafe tu. Ada la 3..4 keping lagi lukisan doodle diaorang beli. Alhamdulillah rezeki.

 Ok ke Idok?

Tengok si abang ni, pantang aku kat meja nak melukis, abang sibuk duduk atas lukisan. haihhhhh!!

December 3, 2015

Abang Sado The Stray Cat

Assalamualaikum

Ramai juga yang bertanya keadaan abang sado sekarang. Alhamdulillah dah pulih sepenuhnya.

Kronologi Abang Sado

1. Selepas abang sado dirawat di Jawhari, aku bawa balik dengan keadaan luka yang masih terbuka memandangkan doktor kata luka abang sado akan pulih sepenuhnya, Berapa lama? berbulan2 lamanya. Gambar baris 2 sebelah kiri, aku bawa balik dari Jawhari.

2. Aku tak puas hati sebab sampai bila aku nak jaga abang sado dengan luka yang terbuka tu. So, aku minta pendapat dari Dr. Bhajan pula. Doktor Bhajan cakap luka besar ni tak akan tertutup walaupun dah jaga dan sapu ubat bertahun2.. sebabnya kulit tepi dah bercantum dengan isi.

3. Apa lagi aku tinggalkan abang sado untuk dijahit. Gambar baris 2 belah kanan. Selepas abang kena jahit. Masih mamai, Nampak tak luka kecil sebesar duit sepuluh sen. dr bhajan tak jahit supaya bila abang sado menguap jahitan tak tetas.

4. Bermulalah kehidupan abang dijaga dan dirawat di klinik. Lama la juga tak silap aku dalam 22 hari sehingga jahitan dah elok. Lepas tu aku bawa abang balik rumah dan sapu ubat pada luka yang kecil tu.

5. Lepas tu aku nak ke kl pula ada hal. Nak taknak aku kena hantar abang untuk dijaga. Nak hantar ke bhajan boarding mahal juga. Al maklum duit tak berapa nak cukup selepas rawatan abang dan operation. Aku hantar la ke boarding murah. RM8 sehari dah aku pergi dekat seminggu juga. Aku ada bagi ubat sapu tapi owner boarding kata takpe dia ada ubat lagi bagus iaitu ubat kuning. Aku ok je la.. kononnya nak abang sado cepat baik.

6. Lepas aku amik balik abang sado.. huhuhuhu luka semakin teruk bulu abis kuning. bau luka pun agak busuk juga. Aku hantar la abang ke bhajan. petang tu  juga kena jahit dan bermula la lagi sekali kehidupan abang di klinik.

7. Aku jenguk la juga abang kat klinik, jahitan dah cantik.. 2 hari aku datang haihhhh luka pula sebab abang garu. Sabo je la. Dah kering sket luka tu aku bawa balik jaga.

8. Seminggu juga la aku kurung abang sampai luka tu kering. sekali sekala je aku lepaskan tapi dalam rumah je la. kesian pulak dok terkurung. sehingga la abg melarikan diri dan tak balik rumah. nasib baik la sehari je. dah lapo mesti la balik. lepas tu terus lepak kat rumah tak keluar2 sampai aku paksa abang keluar. kalau buka pintu abang lepak depan pintu je. sebab tu la berat abang semakin menjadi2. makan, tido berjam2, berak, minum, tido, makan camtu la hari2. 

9. tu je la cerita abang.


 Luka dah tumbuh bulu.

pantang aku melukis abang datang baring atas lukisan. huhuhuhu

* last month tangan aku kena minyak panas. parah la juga. kebetulan aku ke klinik bhajan, si louis tanya aku tak jumpa doktor ke? aku cakap takpe selagi aku boleh sapu krim dan minyak tak perlu la ke klinik. louis cakap "kucing you hantar klinik, tapi you takde pergi klinik" aku gelak je la.. duit yang ada nak bayar kucing2 ni la.

August 7, 2015

Abang Sado The Cat

Meh nak citer, minggu lepas ada la stray cat yang datang umah aku. Adik aku nampak muka kucing tu bengkak. Aku sapu la minyak habatus sauda. Takde lak mengerang sakit ke apa. Lepas 2 hari rasanya, nampak kucing tu terbongkang belakang rumah. Kesian, aku bagi la susu dan wet food.. sekali kauuuuu Ya Allah, teruk rupanya bengkak tu. Time tu juga air mata dah menitik2. Sedih sangat2. Mak aku suruh hantar vet.

Time tu dah pukul 7 ptg, of coz la gomen tutup kan. Nak tunggu sehari macam kesian so pergi la klinik Jawhari Medical Center. Doktor kata pipi abang sado ni kena potong untuk mempercepatkan proses heal. Total habis tuk boarding, operation potong dan ubat RM775.

Oleh kerana aku belum kuat mental dan fizikal utk jaga abang sado maka aku tinggalkan dia kat sana. Tinggal kat sana sehari RM40 termasuk boarding dan cuci. Aku bukan orang berada, niaga food kecil2lan je so aku minta tolong dengan kawan2 untuk meringankan kesakitan abg sado. Petang semalam aku dah bayar tuk boarding boleh la bertahan sampai 14hb.

Alhamdulillah, ada juga kawan2 aku yang baik hati. Semoga Allah murahkan rezeki korang semua. Tak terbalas rasanya pengorbanan korang untuk menolong aku.

Abang sado ni perlu jahitan kat pipi tapi sekarang belum fit lagi. Kena tunggu pulih dulu baru boleh proceed. Operation ni aku tak fikir lagi sebab kos cecah RM1k++.

InsyAllah next week aku akan amik dah jaga pula.Ya la RM40 sehari bukan sket, banyak. Jaga abang sado ni komitmen tinggi. Aku ada 2 ekor kucing lagi yang kena jaga. Semoga dipermudahkan.

Terima kasih Ya Allah.

Meh tengok gambar.

 31 Julai 2015
Aku panggil bapak bubu, penyebab ruby bunting. ruby mak pada sasa dan bubu yang aku jaga sekarang. ruby hilang masa hantar g boarding awal tahun ni. tu lagi sedih. malas citer kang nangis. 'Abang sado' gelaran staff Jawhari yang bagi.

 4 Ogos selepas buang kulit mati. Aku datang melawat abang sado nak tengok progress sebelum aku bersedia untuk jaga. tapi tiap kali tengok isi abang sado aku jadi lemah. boleh ke aku jaga dan cuci. sebab tu aku tinggalkan dulu sampai kulit abang sado pulih sket. Aku tengok pun ngeri bergerak2 kulit abg sado.

Sehari selepas buang kulit. Tak bermaya sangat sebab bius.

 Ini poskad yang aku print guna duit niaga ya bukan duit donation. Lukisan aku sendiri. aku buat sebab aku perlu bagi something untuk mereka yang sudi menolong. So now aku jual 4 keping RM5. Duit sales aku jadikan fund untuk abang sado.






Terima kasih ya kawan2 yang sudi membantu. Siapa nak beli dialu2kan.

Nuffnang Ads