nuffnang ads

November 28, 2012

Rumusan

Hari ni aku senam aerobic di rumah dan coach aku adalah youtube. Aku buat 30 minit je tapi peluh yang keluar macam aku jogging sejam. Best juga, esok buat lagi.

Tadi ada user complaint sebab transaction dia tak berjaya, so aku bukak la attachment yang user bagi tu, sekali kawwwwww ada dua benda pelik, pertama movies xxxl dan kedua 18schoolgirlz - Teen... Kantoi macam tu je. Dah la aku ni boleh check nama, umur dan sebagainya. Maka beringatlah, sebelum printscreen tu pastikan anda telah cancel mana2 tab yang tidak berkaitan. Selalu orang tak perasan tapi lepas tekan enter 'send' baru alamakkkk malu2 aku lupa nak delete. LOL

Jom layan gambar..

 Kambengs grill with black pepper souce
aku bukan penggemar kambeng, tak boleh nak masuk sebab bau kambeng tu tetap ada

 Makcik aku masak pasta goreng.. terbaik

 Petang tu aku berhajat la nak jogging, sekali tengok langit mendung dan akhirnya hujan lebat. 
Yayyy, takyah jogging!

Kolumpo nak hujan weiii.. gambar ni aku tembak Isnin lepas

November 23, 2012

Amik Mood


Tinggal lagi 46 hari je usiaku akan menjadi 33 tahunnnnn.. Yesssss, dewasa, single, available!! 
Ko mampu!!

Tataplah gambar aku ketika berusia 30 tahun. Tak banyak berubah pun.. cenggitu je rupa dan BERATnya.. uwaaaa, sob sob! Baju, seluar, tudung yang aku pakai tu pun, aku masih boleh pakai lagi. Aku tukar fesyen tudung je dari pakai bawal ke syria. Mudah, sarung je. Beli pulak yang takyah gosok.. memang best! Kalau bawal, nak gosok lagi, nak tiup2 bagi muncung lagi, pin lagi, nak simpang2 lagi.. amik masa la kalau nak pakai.

Orang kata "Usia bertambah itu berkat". Insyallah, aminn.. 

November 20, 2012

Ngomong Sama Tangan

Yeah.. talk to the hand please!
Seni ukiran kayu dari Indonesia

November 15, 2012

Bergedil Extra Ayam

Semalam aku goreng bergedil. Ini adalah percubaan kali ketiga dannnnn ianya sangattt sedap, lembut dan penuh dengan isi ayam. Sebelum ni, kalau tak keras, lerai. Kata buat dengan penuh kasih sayang, mesti la sedapkan. Jom la layan gambar..

Semalam aku layan Istanbul Aku Datang dan jalan ceritanys sangat cute. Cute? hahaha, cam kelakar je aku bagi rumusan. But seriously dengan harga tiket RM11 ianya sangat berbaloi. Comedy + romantik + sedih = happy ending. Tapi aku tak faham kenapa masa si beto cuci rambut si lisa, kebanyakkan penonton ketawa.. ini bukan part untuk ketawa, ini adalah part sedih. Aku faham perasaan orang bila kita ditinggalkan, kita akan bengong, kita nak nangis tapi tak keluar air mata, macam2 perasaan bermain dalam diri kita, kita rasa bersalah, kita rasa all negative thoughts. Kalau si beto tak cuci rambut si lisa, maybe boleh tahan 2..3 hari keras camtu :).

Dan masih belum terlambat untuk aku wish uolls Maal Hijrah and may this year brings lots of happiness and prosperity.


Alhamdulillah.

November 13, 2012

Durian Crepe

Laa ni, kawan-kawan kat fesbuk sibuk dengan durian crepe. Padahal dulu ada je cuma tak sefemes sekarang. Aku pernah makan kat Sweet Chat, durian pancake. Sedap, terasa durian. Satu lagi kuih berasaskan durian, cream puff durian, aku beli kat The Mines. Agak mahal laa.. 6 biji hampir belas2 ringgit kot. Tak ingat sangat.

Hari ni adik aku beli crepe.. aku ingatkan crepe durian rupanya crepe mango. Ok la rasa masam2 manis. Kulit crepe tu pun lembut. Cara nak buat crepe ni pun takde la susah sangat. Takpe nanti boleh try.

Alhamdulillah

November 10, 2012

Nasi Dagang Moklong

Sedap tu je yang dapat aku luahkan.. hehehehe

Aku kat kampung.. wahh, kampung la sangat padahal kiri kanan umah batu.. kiri kanan belakang depan semua cina.. tapi ok la juga, eventho tak mesra alam, kalau ada kes kecurian ke apa ke, depa saling membantu. Cuma aku tak suka sungguh kalau anjing sebelah umah ni menyalak time pagi. Eeeiii geram rasa nak cubit2 telinga owner tu.

Semalam melantak nasi dagang, adik aku beli kat area tanjung lumpur. Aku pernah cerita post sebelum2 ni. Memang sedap! Me like!

Owh aku cuti seminggu ya, walaupun seminggu aku tetap ada balance cuti. Bila dah work from home ni, banyak lak cuti. Ok, mau makan, ayah aku masak asam pedas ikan apa tah..

November 7, 2012

Hari yang Indah

Next week cuti lagi. Kemungkinan seminggu sebab aku kena habiskan cuti, kalau tak burn. Rugi, rugi.. Dah 5 hari aku flu dan batuk. Makan ubat Hurix's pun tak jalan. Nasib baik kerja dari rumah, tak perlu la aku telan hingus dalam train. hehehe jijik's..

Jom la tengok gambar aku tembak pagi tadi. Super cantik awan hari ini.

SubhanAllah, cantiknya.

November 5, 2012

Makan Budak

Kali ni lama sungguh aku kat Kuantan. Aktiviti kat rumah makan je kerjanya.. badan pun dah naik berkilo2.. takleh jadi, kena start jogging balik. Bapak aku pun dah turun 2.5 kilo hari2 jalan.. jeles ok jeles!

Jom la layan gambar..

Aatif in the house.. kebetulan masa Aatif datang aku telah memotong jariku. Agak teruk juga. Masa pegang si Aatif aku tak perasan baju dia kena darah. Kesian baju.. sorry ya Aatif.

Ikan cencaru panggang.. masakan my father.

Kejadian salah resepi. Sepatutnya nak buat muffin sekali hamek kaw rupanya resepi biskut. Tapi, ya ada tapi.. laku yaa sebab sedap. Mana tak sedap dengan choc chips, dengan walnut, dengan hazelnut. Orang kaya je makan biskut cenggini. Famous amos pun kalah! Sapa nak leh order ngan aku.

Mak aku masak laksa penang. Terbaikkkk wokkk!

Nuffnang Ads