nuffnang ads

October 29, 2012

Masak2 Bersama Dewman

Kali ni aku agak rajin masuk ke dapur. Goreng telur dadar *bangga sangat padahal telur je, sayur baby kailan dengan ikan masin, pastu aku buat tiramisu dan pizza roti. Aku lebih prefer baked atau grill baru macam omputeh sket.

Raya haji mak aku masak nasi tomato, ayam masala, rendang daging style indonesia and for dessert agar2 caremel. Alhamdulillah, sedap!

Jom layan gambar..

 Roti pizza berintikan hotdog, ayam, nanas kuib dan cheese. 
Nanti aku upload gambar sebelum dibakar.

 Kailan goreng dengan ikan masin, telur dadar yang aku bangga sangat tu.

Tiramisu, terbaikkkkk! Boleh la order chewahhh. 
Tapi aku tak pakai lady finger aku guna biskut marie.

 Sebelum masuk peti ais. Senang je buat tiramisu pukul2, susun, pastu sejukkan. 
Kat youtube ajar cara buat.

 Dan terakhir, nasi tomato.. kelaskan aku susun, chentek je. Tak rugi rupanya tgk maserchef.

October 24, 2012

Balikkkkk

Malam ni balik kampung, weeehhhooooo! Selamat Hari Raya Aidiladha uolls. Janganlah jeles, esok aku kerja lagi tapi work from home la.. bestkannn!

October 22, 2012

Update


Gambar adik ngan mak aku. Tu je aku nak update.

October 18, 2012

Peneman

Siapa yang berminat nak ke Jogja boleh la contact orang kat bawah ni. Nama dia Decky. Baik orangnya, mestilah baik kalau tak baik siapa nak jadikan dia tourist guide. Umur 32, anak dah dua.. wahhh sempat lagi aku interview. Ada tahi lalat kat atas bibir.. ouucchhhh, pemerhati bebas. Selain jadi tourist guide di Jogja, dia ada buat trip naik gunung, masuk hutan dan water rafting. Kebanyakkan gambar2 yang aku ada semua dia amik sebab camera aku memang ada kat dia. That y gambar aku banyak.. kalau tak, sedehhh takde gambar orang lain je ada. Aku suruh belikan simkad, dia beli, esok aku suruh topup dia topup, aku nak charge hp dalam kereta dia cari la kabel dan chargekan. Baikkannnn! kena la baikk jaga hati pelanggan. huahuahuahua! Sila la amik dia, sedap sket mata memandang.. :)


Mamat ni nama Agus. Tak sempat nak berkenalan sangat sebab kejap je ngan dia. Dia bawa kami ke Gunung Merapi naik jip. Angin kuat rambut tetap maintain. Kelas gel rambut kaukannn!


Yang dok tersenyum kat bawah ni adalah pemandu kami selama 3 hari. Tak sempat langsung nak interview. Nama dia John kot.. ingat2 lupa la. Cara dia memandu agak bagus, penyabar, tidak memaki dan yang paling penting peramah. Mestilah peramahkan kalau tak pelanggan lari. huhuhuhu


Ok, tu je.. hahahaha takde motif nak juga citer pasal mereka.

October 11, 2012

Random Jogja

Enjoy the piccas!


Hotel Peti Mas, Jogja

Makan time

Benda hidup :)

October 5, 2012

Jogja - Day 3

Oleh kerana hari ketiga adalah hari terakhir dan aktiviti shopping masih belum termeterai maka kami bersepakat untuk ubah plan. Tempat yang tak pergi macam kerajinan2 dan yang ralatnya tak dapat tengok sunset kat pantai. Orang Jogja kata cantik. Hurmm takpe la next trip pergi pantai je and shoppingggg sebab siyes tak cukup masa langsung.

So, mak2 nak pergi kerajinan kulit. Biasa la tu shopping kasut, handbag. Aku beli ole2 kat sini, beli penanda buku dari kulit lembu. Makcik aku beli kasut boot dari kulit lembu harga lebih kurang RM30. Murahkannnn! Mak aku lak beli beg dari kulit pari, cantik! dan bapak aku beli sling beg dari kulit lembu. Both barang tak sampai pun RM200. Aku tak shopping sebab takde yang berkenan.

Makcik aku beli rojak buah, sedap! orang lain sibuk tengok perak, makcik aku sibuk beli buah. Harga dalam RM2.50 satu. Gambar yang ramai2 tu, ada pemusik jalanan then ada awek gelek2 kat depan. Meriah la dapat menjamu mata.

Again, nasi padang. Tu je yang boleh masuk tekak. Gambar yang ada cili padi tu, lebih kurang macam popia tapi tak pedas, that why ada cili tu.

Lepas tu singgah beli bakpia. Sejenis kuih ermm try la sedap. Ada coklat, cheese, nenas dan kacang hijau. Kulit bakpia ni kalau sekali rasa macam roti canai keras. Kat sana dapat la makan yang panas2. Satu kotak lebih kurang RM8/25 biji je. Agak mahal tapi takpela sedap punya pasal dan dibuat dengan penuh rasa kasih sayang.

Lepas tuuuu terusss ke hotel. Lepas solat, zappp shopping time. Dari 3 petang sampai 10 malam itu pun tak puas sebab kat beringharjo kedai tutup pukul 4.30. Gila la kannn dah la besar. Nak pilih lagi, nak tawar harga lagi. Tapi sempat la rembat baju harga RM15. Then ke Marito apatah nama, beli batik jogja dan sejadah batik. Creative la orang2 sana ada je benda yang boleh dijadikan barang atau makanan.

Malam tu kami makan kat Maliboro Mall, cari bakso padahal tepi2 jalan berlambak kedai bakso. Ni semua salah budak yang bawa kami tu kata ada bakso sedap bila cari tak jumpa yang ada kat food court. Bila call dia pun lupa, hangin dah la penat.. dah la tempat shopping Maliboro sepanjang 4.5km tercabut kaki dibuatnya. So, makan je la kat food court.

Lepas tu BALIK hotel, kemas2 dan tidoooooo! zzzZZZzzzzz

October 2, 2012

Jogja - Day 2

Hari kedua aktiviti aku adalah melihat keindahan candi borobudur. Hari pertama aku kena bayar dalam RM50, candi ni lak lebih kurang RM60. Tak banyak beza pun. Kalau ikut logik dua2 pun candikan, satu banyak candi, yang satu lagi satu je candi yang besar. Kalau suka tengok, ya silakan. Sebab dua2 pun ada beza. Sapa yang suka amik gambar, dua2 pun cantik. Nak2 time sunset.. fuhhh menggoda!

Tukang cerita pun kena bayar dalam RM20. Pada aku better amik, sebab setiap level candi tu ada cerita dan pakcik guide ni menguasai 5 bahasa, belanda, english, indonesia, jepun, german. Kagumkan, siap amik class. Ada 9 level dan ada 155 anak tangga. Mula2 tu aku rasa macam 'Boleh ke weiii?' dah bayarkan so gagahkan juga. Penat ke? Tak terasa sebab setiap level akan berhenti melihat ukiran2 yang ada pada batu candi dan kenapa ia diukir. Cuma masa turun tu agak cuak la, dah la curam, pemegang tepi lak kurang. Overall aku suka.


Lepas tengok candi, aktiviti seterusnya adalah melawat muzium Ullen Sentalu. Tourist kena bayar lebih kurang RM16. Perlu diingatkan, anda adalah diwajibkan untuk pergi ke tempat ini kerana ia banyak menceritakan seni dan budaya dari Jawa. Wajib ya, sebab best sangat dengar asal usul keturunan2 raja, puteri2, batik, adat and so on. Sila pergi! kalau pergi minta guide bernama Fafa, dia sangat best. Kalau rasa bahasa Indonesianya sangat pekat, sila minta dia guna bahasa baku Indonesia. Insyallah korang akan faham.

Gambar tak ada ya, sebab dilarang keras untuk amik gambar kat dalam tu. Muzium ni dibina oleh orang persendirian a.k.a. swasta. Tapi tempat dia sangat gorges. Kat Malaysia patut ada muzium2 macam ni. Perlu!


Last stop untuk hari kedua adalah Gunung Merapi. Sapa suka adventure sila la pergi sebab nak tengok kesan2 letupan anda perlu naik jeep dan jalan yang sangat berombak2. Di akhir stop, kena naik motor lak nak tengok pasir panas, air panas sebab orang asli Merapi tak bagi kereta masuk. Maybe nak jaga keindahan kawasan. Pastu sila la pekena air teh pisang halia. Terbaikkk! Sapa suka amik gambar, dipersilakan pergi, nak2 masa sunset. Cantik! sebab pada aku takde apa sangat yang menarik kecuali tengok batu, kesan laluan lava, dan rumah2 yang musnah. Driver jeep yang bawa kami keliling nama dia Agus. Sekali naik tak kisah la berapa orang selagi muat lebih kurang RM80.

Mahal sebenarnya nak masuk tempat2 camni. Tapi apakan daya dah sampai takkan tak pergikan!

Nuffnang Ads