nuffnang ads

September 28, 2012

Aku dan Pakwe Jepang

Budak Jepun ni suruh aku amik gambar dia lompat guna camera canggih dan menggunakan mode burst. Dia cakap omputeh ngan aku tapi campur jepun.. dah macam itik ngan kambeng. 3 kali gak la dia dok lompat sebab bila aku tekan burst tak jadi. Sampai dia cakap kat aku 'tired already' hahahahah! Takpe at last ko suka jugakan.. Dia ni amik kos photographer kat jepun. So dia selalu la merantau. Malaysia pun dia pernah datang, pulau pinang. Siap tunjuk gambar kat aku. Lawa2 gak la dia tembak. Aku tanya la datang ngan sapa, dia kata LONELY.. aloooo siannyaaa! masa kat penang pun dia LONELY. Bila aku buat peace, dia buat peace, bila aku buat teropong, dia buat teropong tapi kat kamera dia la. :)

Jogja - Day 1

 Kraton
Kita berpeluang tengok tempat tinggal raja dan ia masih digunakan. Tempat tinggal anak2 raja, tempat makan, tempat masak. macam2 la ada kat sini. Bawah perkataan Kraton tu. pekerja2 wanita tengah hantar air teh kat raja. Raja ada ke takde, mereka tetap hantar air teh.

 Makan time. Nasi gudeg krecek. Makanan berasaskan nangka.
Rasa? biarlah rahsia.. kena try okey!

Candi Prambanan

September 27, 2012

Yogyakarta, Day 1 - 3

Rancangan nak berjalan2 akhirnya terlaksana juga. Aku beli tiket Airasia masa offer bulan Jun tahun lepas masa tu harga RM200. Bulan Ogos lagi murah dalam RM150++, aku juga yang belikan tuk orang lain.. ishhhh geram!

Hari pertama
  • Kraton
  • Makan
  • Taman Sari
  • Candi Prambanan
  • Makan
  • Hotel
Hari kedua
  • Candi Borobudur
  • Ullen Sentalu Museum
  • Merapi
  • Makan
Hari ketiga
  • Kerajinan kulit Kampung Manding
  • Kota Gede
  • Bakpia
  • Makan
  • Shopping
  • Makan
Hari keempat

BALIKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKK!!!!!

Banyak juga la tempat2 yang aku skip. Semuanya gara2 nak shopping. Setengah hari pun tak cukup tuk shopping. Pasar Beringharjo lak tutup pukul 4.30 petang. Dah la tempat tu besar gila. Mostly banyak baju bermotifkan batik. Rasa macam nak pergi lagi. Kalau 5 hari maybe la sempat. Tak terkejar2 sangat! Takpe next time pergi tuk shopping je.

Tempat yang tak sempat nak pergi, Pantai Depok, Pantai Parangkusumo, Parangtritis tengok sunset. Mak sedara aku dah cakap awal2, kumpul duit pergi lagi next year.

Aku stay kat Hotel Peti Mas, semalaman 500++juta rupiah. Sapa2 yang nak pergi, aku sangat rekemenkan tempat ni. Siap ada surau lagi. Owner orang muslim. Memang santai la kalau duduk kat sana, club pun takde. Kalau rasa penat selang beberapa kedai ada tempat urut kaki. 45 minit baru RM15. Murahkannn!

Hotel provide breakfast free, ada nasi goreng, mee goreng, roti, bakmi, bubur dannnnn yang terbaik ada minum petang free. Kopi + kuih sorang seketul. Dari pukul 6 petang sampai 9 malam. Bestkannn, mana nak jumpa kat tempat lain.

Makan? dont worry kat sana mostly 73% adalah Islam. Kalau korang ragu2 makan je kat restoran minang. Settle masalah.

Itinerary, mak sedara aku yang uruskan. Dia suruh cousin aku dari Jakarta yang carikan. So far, driver n guide memang bagus. Aku naik van yang muat 12 orang. Senang gerak satu kenderaan. Kat sana takde la jam sangat macam kat Jakarta. Paling banyak kat sana adalah motor. Memang kelam kabut la tapi aku suka tengok driver2 ni sangat bertolak ansur. Tak macam kat Msia.

Kat sini banyak bangunan lama, kuil2 hindu n budha, tempat2 kraf, pantai, gunung ganang n so so so on. So kalau korang suka tempat2 camni aku rekemenkan korang datang. Kalau tak minat, takyah la datang.

Aku habis lebih kurang RM800 ringgit untuk semua sekali. Takde la mahal sangatkan. Okey la tu. Nanti aku post gambar ya. Sebab aku kena resize.

*Tourist guide aku sedap mata memandang. So takde la bosan sangat! Adik aku bising, taste ko ni Indon je. Well kata ada darah orang sana. :)

September 25, 2012

Intro Dulu

Candi Prambanan - Yogyakarta

September 18, 2012

Selamat Habis Raya

Bestnya cuti 3 hari. Pastu sambung kerja kat rumah lak. Lagi.. lagi.. lagi la BEST!

Pagi Sabtu macam biasa aku jogging kat kawasan rumah. Ajak la jojet sekali. Pagi tu aku msg jojet aku lambat 5 minit sebab nak memerut. Jojet kata dia baru bangun so ok la.. Lepas settle memerut aku pun turun la tunggu si jojet. 5 minit, 10 minit, 15 minit, masih lagi menunggu. Dah la tak bawa hp. Maka, aku gerak la dulu.. jogging sorang2 5 round. Ingat nak stop la lepas 5 round, sekali jojet turun daaa. Jojet bagi alasan 'aku tunggu orang main word search, tido lambat, aku mandi sebab nak hilang ngantuk'. huhuhu pasrah. Nak taknak aku sambung 3 round lagi. Penattttt gilaaaa!

Ahad, aku berjimba dengan budak2 opis. Naik cruise kat Mines. Ok laaa takde la best mana pun. View tak chantek pun. Mines kena decorate lagi kat area tasik tu. Kitaorang cruise sambil makan popeye. Gedik sangat! Nanti aku letak gambar.

Isnin takde aktiviti tapi jojet ada buat open house. Makan nasi arab, mee kari, kek, cream puff dan macam2 lagi. Alhamdulillah kenyang. Balik umah terus minum teh berak. :)

So, pagi tadi sakit perut je memanjang. Dah la pergi renew passport. 5 jam aku tunggu. Sampai2 je sistem OFFLINE.. fuhhhh geram!

Jelly panjang

 Mee kari t.linda masak

cupcake velvet toping butter cream, katanya cheese dah habis di kebanyakkan negeri.. katanya la

September 11, 2012

Saving Gilerrr!

Holla.. memang akan akan datang sungguh aku kembali bersiaran. Seperti biasa hari ni adalah minggu kedua aku bekerja di rumah. Aku tak masak pun hari ni, malas nak ke dapur. Aku tapau siap2 roti, jajan, air mineral. Senang takyah nak masak air pastu tunggu sejuk.

Modul kesayangan aku ada prob sejak 7 Sept. Bila listing panjang je page aku tu tak dapat nak pass variable ke next page. Sebelum ni chantekkkkkk je takde masalah. Haihhh, ni yang nak marah ni. Aku amended coding pun jarang gila. Tetiba jadi camni lak, peliks!

Apa lagi aku nak cerita.. next week aku holiday bersama kaum keluarga. Nanti aku post gambar ya. Next year, T.Linda nak ke Doha present paper PHD dia. Alhamdulillahhh, congrat la semoga berjaya menerima segulung PHD lak. Jeles laaa semua orang sambung belajar. Aku? huhuhu malas no 1, takde masa no 2.. insyallah one day.

So, aku macam, macam la nak join T.Linda, Jojet, makcik aku buat Doha trip. Tapi trip muslimah laa bukan macam euro trip dalam movie tu. :) tak lawak eh! ok ok aku nak tulis juga.

Aku google la, apa yang best kat Doha tu.. mostly bangunan2 lama kat sana. Pastu ada gak citer pasal rusuhan la, keselamatan la. Terus macam uiii takutnya. Niat nak ke sana tu ada, so aku kena rajin tanya orang yang duduk sana. Macam mana? google la, blog ke? chatting ke? macam2 cara.. kang tak pergi nyesal lak.

Makaaa dengan iniiii.. kena la SAVING GILERRR2.. kalau dah GILER2 SAVING akhirnya tak nampak juga duitnya.. makaaaa terpaksa la CANCELLLL.. tapiii aku akan cuba sedaya UPAYA!

Gambar ni aku experiment dengan night mode scene. Pastu aku amik hp aku gerak2kan sampai la jadi perkataan dew. Nanti aku try benda lain lak. Kalau tak reti T.Linda n Jojet ada, depa dulu amik kos potograper. Bayangkan T.Linda tu banyak ilmu dalam potograper. Tapi diaorang ni tak sibuk2 macam orang lain amik gambar kawin la apa la. Diaorang dah bersara sebab banyak sangat saingan dengan orang2 yang baru naik. So, depa bagi chance laaa :)

September 7, 2012

Work From Home (WFH)

Minggu ni aku dah start kerja dari rumah. Tiga hari kat rumah, isnin dan jumaat je kat opis. WFH ni masih lagi dalam proses percubaan kalau semua ok, maybe akan diteruskan sampai bila2. So far ok la.. masih berdisiplin cuma agak boring la dok rumah.

Bangun pagi gosok gigi cuci muka pakai baju.. huhuhuhu

Perbezaan kerja dari rumah dan pergi opis

WFH
OPISH
Lepas solat subuh aku tidur balik, pastu bangun semula pukul 8.15am, mandi, breakfast then dok depan lappy.

6.30am dah bangun, 7.20 gerak ke opis. Kena bayar parking, bayar tiket train. Sejam baru sampai opis.

Breakfast kat umah, saving! kechingggg! Suka hati la nak bfast apa, roti kosong cicah milo ke, fiber je ke

Beli nasi lemak la, roti telur la, nescafe ais la, mcd la J

Boleh minum teh orang kampong, so boleh memerut bila2 masa sahaja

Cannot okkkkk! leceh
Elektrik naik sedikit. Kena saving! kalau aku on lappy, aku off tv and vice versa

Suka hati la nak guna banyak mana
Kalau penat, boleh kerja kat atas tilam, baring2 golek2

Golek2 atas meja je la
Tengahari aku off lappy, aku masak maggi, kari ke, sup ke atau sandwish ke
Kena turun bawah, tunggu lif, beratur nak membeli, lauk masin la pulak!

Tak boleh cuci mata tengok jejantanz dah
Nyummyyy! Astaghfirullah



Ni je la perbezaan yang ada dalam kotak pemikiran aku. Aku bersyukur sebab aku tak terlibat dengan banjir kilat hari tu. Kalau tak memang aku akan stuck dalam jam juga. And syukur juga tempat selalu aku parking tak naik air sebab kawasan tu tinggi.

Jom la tengok gambar lak..






Sekian.. berjumpa lagi akan akan datang.

September 3, 2012

GGO Raya 2012

Lokasi: Old Town Kopitiam, Kerinchi
Waktu: 8.30pm - almost 12am

Simple je celebration tahun ni yang paling best beraya di tepi tasik. Tema baju raya dan potluck. Tapi tahun ni simple je yang datang pun simple je. Yang GAGAL hadir adalah akak sunplawer. Alasan tetiba masuk hospital sebab gatal2 pada badan kuar bintik2. Errmmm susah mau percaya tapi caya je la.. :P

Jom layan gambar.. satu gambar je aku tembak.. gambar orang. Gambar lain hasil petikan banglong dan kantan.


Nuffnang Ads