nuffnang ads

August 31, 2012

Bella lagi dan lagi




Sehari bersama Bella

1. Ratu punggah barang
2. Muka cuak sebab kena tegur
3. Offf cozzz la nangisss
4. Dipujuk ummi

*sebenarnya bella nangis sebab nak ukk ukk :)


55th Merdeka Day

Selamat Hari Merdeka, Malaysia. Semoga aman sejahtera, semoga rakyat2 Malaysia semakin cerdik pandai, semoga kurang kes2 yang membawa maut, dannnnn extra, extra.. semuanya positif.. Aminnnn

August 30, 2012

Raya Lagiiii

Sunyikan? Eh, bukan aku la sunyi, tapi blog aku ni! Aku ok je, sihat walafiat, makin gemuk je rasa.

Esok cuti weeehoooo! Apa aktiviti? memandangkan esok aku raya, maka dengan rajin dan gembiranya aku akan berarak menyambut Merdekaaaaa! Yeahhh right, aku tak suka ramai2 ni, rimas. So, tengok je la kat tv. Esok aku nak beraya kat rumah mak2 sedara. Kang ada bunyi pok pek pok pek kalau aku tak pergi.

Aku.. aku.. ermm nanti la citer!

Aku dah upgrade kamera jadi 16mp tapi 8mp masih lagi setia menembak sebab mudah dan 24hours dengan aku, nak tembak celah bedah mana pun senang. Nanti rajin aku upload la gambar teaser, Ewahhhh!

Now, aku upload gambar raya dulu ya..

 biskutttt

 ayam goreng berempah

 rendang indonesia sytle.. cousin aku kat sana ajar

 lodehhhhhh my fav

 sotong kering masak samballl, marbelos

 pulut palas kat kuantan 50 sen sebiji.. kecik, nasib baik sedap

 ketupat daun, bapak aku yang buat sarong, aku try satu tak jadi.. dah lupa, last2 give up!

kuah kacang, nyummyy

Seperti biasa, sebelum pulang ke kampung aku akan membeli belah di pasar borong. Aku beli bawang besar, bawang kecik, bawang puteh, kentang, lada merah dua jenis, lada hijau, daun ketupat, lobak merah, kacang buncis, halia, sengkuang, lengkuas, kobis, kangkong, cili padi, daun kelsom, daun selasih, sotong kering gred A yang dah kembang 4 keping, tomato, daun kunyit, serai, total semua dalam RM100. Murahkannn!

Masa kat Kuantan, aku teman bapak aku g pasar. Ada la makcik ni nak beli daun kunyit, 2 helai 70 sen terus dia letak. Kesian aku tengok makcik tu, berpikir2 samada nak beli ke tak. Kat kl ni 10 keping RM1.50. Mahalnyaaa barang kat Kuantan, Santan perah 4 kilo pun RM24. Kat kl kalau tak silap aku murah lagi. Kaya2 orang Kuantan ni dan kesian juga bagi yang tak mampu.

August 23, 2012

Ramadhan 26 - 29

Selamat Hari Raya uollss.. amacam raya, best ke? aku? best la walaupun dah tua dan SINGLE. :)

Moh la kita tengok gambar santapan berbuka puasa yang terakhir pada tahun ini. Esok2, aku post pasal raya lak ya.

Ramadhan - 26, aku tak ingat makan apa, actually aku dah lost track.. huhuhuhuhu! sedehh

Ramadhan - 27

Pulut panggang t.linda bagi.. sedap TQ

 Again, resepi western+malay

Ramadhan - 28

 Bubur Lambukkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk, masakan bonda yang super sedapppp!!

Penyedap bubur, ikan yang dibakar 

Sayur dan ulam-ulaman, daun sekentut tarak..

Ramadhan - 29

 Ayam madu, adik bongsu aku belikan

 Pecal yoooo!!

 Tofu dan tepung pelita, aku suruh beli lompat tikam, akhirnya dapat tofu sebab puteh hijau :)

 Alhamdulillahhhh, Terima Kasih Ya Allah

Mee goreng jerrrrr.. :)

Sekian

August 17, 2012

Happy Eid Mubarak 2012

I would like to take this opportunity to wish all of my family, cousins & friends Happy Eid Mubarak, Maaf Zahir & Batin. 

Kad tarak, conteng2 je.. awalnya aku wish, excited lebih! Kang aku bz, tak sempat lak nak wish. Mulanya aku nak buat kad, tapi asyik tangguh akhirnya malas. Macam2 idea aku ada, tapi ni je la yang aku mampu buat. Guna pen color2 kawan aku, kertas A4 then riben. Yang penting ikhlasss! Happy holiday and have fun!


August 16, 2012

Ramadhan 23 - 25

Esok aku balik, yey yey!, esok aku balik, yey yey!

Kalian doakanlah semoga aku dan makcik selamat dalam perjalanan pergi dan pulang ya, TQ! Aku berharappppp sangat esok jam lite2 jee. Kalau takkkk jenuhhhhnyaaaaaa dok dalam ketaaaa!

Malam ni nak membeli sayur-sayuran dan sotong kering di pasar borong. Sambil membeli sambil belajar nama sayur. Last time aku beli salah sayur, aku nak daun selasih, tapi dapat daun pudinaaa pastu letak dalam kuah lemak dahhhh rasa macam ubat gigi.. huhuhuhu!

Ramadhan - 23

 Tapau nasi, ikan keli, tempe goreng dan sayur brokoli.. RM5.50

Ramadhan - 24

Alhamdulillahh, terima kasih Ya, Allah..

Ramadhan - 25, semalam aku tak sempat nak tembak, kebulur sangat! Makcik aku masak beehoon goreng. Pastu jojet ada bagi big breakfast ada red beans, jejari kentang dan hotdog. Aku lak tapau murtabak.. Alhamdulillah semua habis. Riuh semalam kat umah makcik aku, ada kenalan dia datang ngan anak2 perempuan dia. Meriah.. kalau tak berdua je..

August 15, 2012

Ramadhan 19 - 22

Aku suka layan tazkirah kat IKIM masa nak pergi kerja. Aku dengar radio masa drive je. Sebab tu la aku tak tau sangat perkembangan lagu2 baru. Semalam ustaz bincang pasal sabar, redha dan syukur, di manakah tahap kita? Contoh la kan 'Makcik, suami makcik baru je meninggal pagi tadi, excident'. Makcik tu jawab 'Alhamdulillahhh, Innalillah hiwa inna ilai hiroji’un'. Ini tahap syukur. Kalau la aku.. meraung2 la kottt pastu start redha. Tengok situasi la macam hp aku hilang, sedih dalam sedih sabar pastu redha pastuuu beli baruuu arrrr! Ishhh ishhhh..

Jom tengok gambar, kejap je dah masuk syawal.

Ramadhan 19

Senonohkan, tak tukar bekas, periuk2 atas meja. jojet bagi bubur lambuk katanya dia dok kacau kat opis. Pelik lak aku makan bubur ni, siap ada jagung. Aku dah biasa makan bubur lambuk mak aku buat, ada macam2 sayur, pedas2, rasa ikan bilis pastu letak kicap.. fuhhh sedappp.. aku dah request hari jumaat ni.

Ramadhan 20


Oleh kerana makcik aku takde, so aku tapau tomyam ayam, sayur kailan dan telur bungkus. Tamak haloba sangat kekdahnya!

Ramadhan 21


Sekali lagi aku tapau, nasi goreng pataya dan sup ayam

Ramadhan 22

Chicken terayaki subway :) duaaaaaaaa ok duaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

*badan aku dah takde angin, sebab aku makan banyak macam ni.. Alhamdulillahhhh

August 13, 2012

Ramadhan 17 & 18

Jumaat ni aku balik kampung, weeehhhoooo! lepas sahur, siap2, zassssss memandu secara ops selamat 100km/sejam.. Phheeewwwwwwww pukul berapa la agaknya nak sampai, dah la jalan straightttt, BOSANNNNNNNN gilaaa! Aku dah biasa bawa 110km *ya 140km pun pernah, tapi tak sengaja, tak sedar, lepas ni nak kena adjust bawa 100km, Insyallah boleh. Gamaknya asyik dok tengok meter je la kerjanya.

Tadi bonda aku call, tanya banyak lagi ke cuti. Bonda suruh aku fly ke Padang, ada kenduri kahwin cousin. Bestnya balik kampung, Padang je belum aku pergi lagi. Tapi akhir Dec pun ada kenduri lagi, tapi kat Jakarta. Depa je la kahwin, akuuuu? Insyallah ada ada..

Jom tengok gambarrrrr..

Ramadhan 17 - makan kuey teow goreng t. linda masak.

Ramadhan 18


Beehoon goreng, kopok lekor dari Ganu, Tq Banglong.. dan kuih fuhhh fuhhh tak ingat.. 
ada inti kelapa, badak2 apatah..

Alhamdulillah

August 11, 2012

Ramadhan - 15 & 16

Tengok gambar je la..

Ramadhan - 15

 Tapau KFC jer

Ramadhan - 16


 Ikan pekasam lampam.. seruuuuuuuuuu dowhhhhhhhh, sedapppppppppppppppppp!!

Alhamdulillah

August 10, 2012

Ramadhan - 14

Jumaat lepas aku berbuka puasa di opis. Dah jadi rutin setiap kali berpuasa. Ramai juga la yang join, x-collogue pun join juga. Time ni la nak mengeratkan silaturahim. Seronok juga dapat jumpa sekali sekala.

Jom tengok gambar. Banyak gila kita orang tapau, ada pizza Dominos, popia basah, popia goreng, tepung pelita, ayam golek *sedappp, buah mata kucing dan lain2 lagiiii. Diaorang beli kat pasar ramadhan kg baru.

Enjoyyy, sila la telan air liur!











Organizer yang tak berapa nak berjaya belanja air soda, dia kata 'baru la party' party la sangatttt!






Alhamdulillah

Nuffnang Ads